Jumat, 17 April 2020

Dari rumah sebelah - Cerita Hantu




Bapak aku seorang anggota polis dan dia gemar memancing.
ketika itu. musim udang. jadinya. dia ke Tasek ,Ipoh dengan bebrapa rakan dari balai. untuk mencari lubuk2 udang.
dan selalunya. bapak akan balik pagi2 kira2 jam 1 2 pagi.
keluar jam 1tghari.
ketika itu. bapak cuti.

kawasan rumah aku boleh di katakan tiada border atau pagar. jadinya. seseorang itu boleh keliling rumah aku

dan kisah ini terjadi hari kedua bapak keluar memancing udang.
ketika itu mak tertidur di depan. menunggu ayah mungkin. ataupun tertidur menonton tv.
kira2 jam 2pagi. kedengaran bunyi kereta bapak


mak terjaga. dan terpisat2.
dan mak jenguk dari dalam melalui tingkap
dan kelihatan.

bapak sudah pulang.bapak keluar dari kereta membawa gabut. dalamya mesti ada hasil tangkapan
dan ketika bapak berjalan ke rumah. bapak terus ke belakang rumah.
kerana hendak letak alatan memancing.
dan ketika bapak bergerak di tepi rumah. mak merenung dari dalam.
bersedia nak menyambut suaminya yang tercinta
tetapi..


mak terkejut!
di belakang bapak ada dua budak kecik dalam keadaan yang pelik. telinga nya runcing dan badannya kelabu2.
dan yang lebih mengejutkan
di belakang dua budak kecik itu
ada seorang wanita berambut panjang. badannya cukup besar. mengekori budak itu sambil kepala nya di goyang goyang!!

mak terkejut. lalu berisitgfar
ketiga2 benda itu mengekori belakang bapak!
sebaik sahaja bapak tiba di pintu rumah. seperti biasa. bapak akan menandah tangan membaca doa. minta di jauhkan.

cepat2 mak sambut bapak,
dan paginya. mak tengok di dapur. ada 2 ekor udang yang cukup besar dari size yang biasa

2 ekor!! tiba tiba mak teringat kisah malam tadi. cepat2 dia menyuruh aku mencampakkan udang itu ke dalam sungai semula.

dan bapak baru tersedar. pantang larang org memancing. jangan ambil benda yang pelik. kerana kata bapa
selama 5 jam dorang mengail hanya bapak seorang yang dapat hasil.

tamat cerita pertama dari aku. ini kisah mula2 bapak aku berjinak dengan arena memancing 
Sumber 

Lagi Kisah Seram: Ghost Stories Club